TUGASAN 1:
BAHAGIAN 2
Ciri-ciri Usahawan
Berjaya Tan Sri Tony Fernandes
Dato
'Anthony Francis Fernandes
Dato 'Anthony Francis
Fernandes dilahirkan pada 30 April
1964.Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes .Beliau merupakan seorang
usahawan Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Tune Air Sdn. Bhd.
merupakan sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang
murah kepada penduduk Malaysia dengan
slogannya, "semua orang
boleh terbang".
Beliau mula dikenali apabila beliau
memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada
sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga memainkan peranan penting
dalam melobi Perdana Menteri Malaysia
ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad .Pada pertengahan tahun 2003,
beliau memberi dan mencadangkan idea
untuk mencapai satu perjanjian Langit Terbuka dengan negara jiran,
Thailand, Indonesia, dan Singapura.
Beliau ialah seorang bangsa Goa
bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernades .Manakala
ibunya ialah Ena Dorothy Fernandes. Selepas mendapat ijazah universiti daripada
London School of Economics. Pada tahun 1987,beliau bekerja sementara dengan
Virgin Airlines sebagai juruaudit dan seterusnya pada tahun 1987 sehingga 1989
beliau bekerja sebagai pengawal kewangan
kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada
umur 27 tahun, beliau menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn. Bdn. Selanjutnya dari
tahun 1992 sehingga 2001 , beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara
Selatan bagi kumpulan Warner Music.Pada masa Time Warner Inc bergabung dengan
America Online .Fernades meninggalkan syarikatnya bagi mengejar impiannya untuk
menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya permohonan
lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia .
Melalui Datuk Pahamin bekas ketua
setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober,
2001.Semasa itu, Air Asia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom
,sebuah konglomerat kerajaan Malaysia telah
kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan
telah mencuba menjual kepada pelabur tetapi tidak mencapai kejayaan. Oleh sebab
itu, Dr. Mahathir telah menasihati
Fernandes supaya membeli syarikat penerbangan
yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri.
Seterusnya, Fernandes memajak
rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat
tersebut dengan harga seringgit. Syarikat Air Asia pada masa itu mempunyai 2
buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan berhutang sebanyak RM40 juta.
Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11 September 2001 iaitu sesuatu
tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan
perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi
gila kerana tiada orang ramai yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramal bahawa
syarikat Air Asia akan muflis.
Walau bagaimanapun selepas setahun,
Air Asia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya ,dan tidak lagi mengalami
kerugian. Penyusunan semula organisasi
Air Asia dengan imej dan konsep
yang membawa perubahan besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Malah, tawaran
sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130
peratus.
Antara ciri-ciri yang telah digunakan oleh Tan Sri
Tony Fernandes untuk memajukan AirAsia ialah:-
1.
BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)
Pasukan yang berorientasikan
bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh dikatakan sebagai
kerja pasukan. Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ciri-ciri tersebut bagi
mengembangkan dan memantapkan lagi organsasi syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini
juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta dapat meningkatkan
prestasi organisasi sekirannya melakukan tugasan yag melibatkan kemahiran,
pengalaman dan penilaian.
Sebagai contoh, Tan Sri Tony
Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi Air Asia faktor
utama yang menyumbangkan kepada kemajuan dan dan kejayaan AirAsia adalah
peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat
Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah
konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan
hutang yang terlalu tinggi. Namun selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan
telah menyebabkan AirAsia sekarang mempunyai
aset yang bernilai hampir RM 4 billion dan mencatatkan keuntungan
sebanyak RM549 juta. Hal ini kerana, kejayaan tersebut dilakukan secara
berorientasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
Bagi melahirkan pekerja berorientasikan
pasukan yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya
kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya
Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat
kepada semua pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 september, ramai pekerja
yang berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat bagi mengurangkan kos untuk meningkatkan
keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil kesempatan
dengan melantik mereka yang berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus
dapat menjimat kos Air Asia hanya selepas setahun,
2. KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS
AN OPTION)
Seorang
usahawan pasti akan mengalami pasang surut dalam bidang yang diceburi. Hal ini
turut dihadapi oleh dihadapi oleh CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Pada 28
Disember 2014, beliau telah menerima satu berita sedih apabila mengetahui
bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami
kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang
berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan
apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini
dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.
Akan
tetapi, bagi Tan Sri Tony Fernandes, ini bukanlah kegagalan untuk segalanya.
Beliau tabah menghadapi musibah ini dan berusaha mengambil langkah penyelesaian
dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mangsa bukan sahaja
terdiri daripada warga Indonesia, tetapi juga daripada negara-negara lain
seperti Korea Selatan, Perancis, Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Semasa
tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk badan pesawat diperiksa dan mencari
apakah punca kemalangan ini. Banyak negara menghantar bantuan pencarian bangkai
pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa diberitahu info tentang
berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara penyelesaian
yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah menerima satu
masalah.
Kesimpulannya,
terbuktilah bahawa ciri ini iaitu kegagalan ialah satu pilihan adalah benar dan
Tan Sri Tony Fernandes sendiri telah mengalaminya. Beliau telah mengamalkan
ciri yang betul dan tidak memilih kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau
telah memilih untuk mengelakkan kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut,
beliau telah menyuruh setiap anak syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat
sebelum berlepas serta meningkatkan langkah keselamatan pesawat dan penumpang.
Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mengalami kerugian yang amat besar tetapi
ini merupakan pengajaran untuk beliau dan orang lain supaya lebih berhati-hati
dan lebih peka pada masa yang akan datang.
3. MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Mengambil risiko terbuka bermaksud
risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan.
Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian
daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada
perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil
yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan
tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang
dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan
kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada
perniagaan.
Sebagai contoh usahawan yang
mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandez. Beliau
juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan
pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang
murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal
terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia
daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam
yang cemerlang.
Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat
yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah
mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri
Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat
tersebut dengan harga satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40
juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang
hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya
250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun syarikat yang
telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai
hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85
pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan
ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang
setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand
dan Indonesia. Hal ini menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar
syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama
beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines
(SIA).
4. PROAKTIF (PROACTIVE)
Tony Fenandes ialah seorang
usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku
dan tindakan dalam dunia perniagaan penerbangan iaitu Air Asia. Beliau memiliki
matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Tony Fenandes lebih kreatif dan proaktif menghasilkan perkhidmatan
terbaik dalam industri
Penerbangan . Beliau juga proaktif
melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.
Beliau yang tindakannya secara cepat dan
agresif apabila merebut peluang di depan mata iaitu apabila Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada
ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan
Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliau
menyatakan hasrat beliau untuk membuka syarikat penerbangan sendiri. Namun
Dr.Mahathir mencadangkan kepada beliau untuk membeli syarikat penerbangan yang
sedia ada. Beliau bertindak segera dan proaktif apabila beliau memajak rumahnya
dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli Air Asia bersama
tenaga kerja dan aset yang dimiliki Air Asia ketika itu termasuk dua buah kapal
terbang usang.
Beliau juga telah penyusunan semula
organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar
dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO)
pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hal ini
kerana usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak
secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini
ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Beliau bertindak juga secara proaktif apabila Tan
Sri Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah
Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune
Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbangan Air Asia
berada di bawah perniagaan Tune Air.
Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga
membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
Selepas 9 tahun, Syarikat tersebut
bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki
lebih 85 pesawat Airbus A320, dan terbang terus melalui lebih 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia dan
menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang.
5. BERWAWASAN (VISIONARY)
Tony Fernandes merupakan seorang
yang mempunyai wawasan yang berani, menyeluruh dan berpandangan jauh untuk
semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak beliau mengimpikan tiga perkara iaitu
mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki satu kelab bolasepak English dan
mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak usia muda, Fernandes sudah
mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi asia semasa beliau belajar di
sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga jarang pulang ke rumahnya
kerana kos penerbangan yang tinggi.
Fernandes, kelahiran Malaysia paling menonjol,
mantan pendidikan eksekutif Warner Music-British, mengimpikan pengurusan
penerbangannya menggunakan bajet beliau sendiri sejak beliau masih belajar,
kata beliau kepada BBC tahun 2010. Beliau juga pernah berkata di BBC tahun 2010
"Bagi penerbangan saya yang pertama, saya enggan melancarkannya ke
Australia dan China, dan kebanyakan orang merasakan hal itu agak ganjil",
katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama saya di London-Kuala Lumpur.
Beliau telah berjaya merangkul anugerah International Herald Tribune bagi
“Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja beliau yang mengagumkan dalam
AirAsia.