Sunday, 18 October 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA TAN SRI TONY FERNANDES

TUGASAN 1: BAHAGIAN 2
Ciri-ciri Usahawan Berjaya Tan Sri Tony Fernandes
                                                           


Dato 'Anthony Francis Fernandes
Dato 'Anthony Francis Fernandes  dilahirkan pada 30 April 1964.Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes .Beliau merupakan seorang usahawan Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Tune Air Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan  slogannya,  "semua orang boleh terbang".
Beliau mula dikenali apabila beliau memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga memainkan peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia  ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad .Pada pertengahan tahun 2003, beliau memberi dan mencadangkan idea  untuk mencapai satu perjanjian Langit Terbuka dengan negara jiran, Thailand, Indonesia, dan Singapura.
Beliau ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya  ialah Dr. Stephen Edward Fernades .Manakala ibunya ialah Ena Dorothy Fernandes. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics. Pada tahun 1987,beliau bekerja sementara dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit dan seterusnya pada tahun 1987 sehingga 1989 beliau bekerja sebagai pengawal kewangan  kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27 tahun, beliau menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner  Music (Malaysia) Sdn. Bdn. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001 , beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi kumpulan Warner Music.Pada masa Time Warner Inc bergabung dengan America Online .Fernades meninggalkan syarikatnya bagi mengejar impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia .
Melalui Datuk Pahamin bekas ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001.Semasa itu, Air Asia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom ,sebuah konglomerat kerajaan Malaysia telah  kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjual kepada pelabur tetapi tidak mencapai kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir  telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat  penerbangan yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri.
Seterusnya, Fernandes memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat Air Asia pada masa itu mempunyai 2 buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan berhutang sebanyak RM40 juta. Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11 September 2001 iaitu sesuatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi gila kerana tiada orang ramai yang berani lagi menaiki  kapal terbang. Mereka juga meramal bahawa syarikat Air Asia akan muflis.
Walau bagaimanapun selepas setahun, Air Asia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya ,dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi  Air Asia  dengan imej dan konsep yang membawa perubahan besar dan memperoleh keuntungan  dalam tempoh masa yang pendek. Malah, tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus.

Antara ciri-ciri yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk memajukan AirAsia ialah:-
1.       BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)
Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh dikatakan sebagai kerja pasukan. Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi organsasi syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta dapat meningkatkan prestasi organisasi sekirannya melakukan tugasan yag melibatkan kemahiran, pengalaman dan penilaian.
Sebagai contoh, Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi Air Asia faktor utama yang menyumbangkan kepada kemajuan dan dan kejayaan AirAsia adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia sekarang mempunyai  aset yang bernilai hampir RM 4 billion dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta. Hal ini kerana, kejayaan tersebut dilakukan secara berorientasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
Bagi melahirkan pekerja berorientasikan pasukan yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 september, ramai pekerja yang berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat bagi  mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil kesempatan dengan melantik mereka yang berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus dapat menjimat kos Air Asia hanya selepas setahun,

2.     KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
            Seorang usahawan pasti akan mengalami pasang surut dalam bidang yang diceburi. Hal ini turut dihadapi oleh dihadapi oleh CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Pada 28 Disember 2014, beliau telah menerima satu berita sedih apabila mengetahui bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.
            Akan tetapi, bagi Tan Sri Tony Fernandes, ini bukanlah kegagalan untuk segalanya. Beliau tabah menghadapi musibah ini dan berusaha mengambil langkah penyelesaian dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mangsa bukan sahaja terdiri daripada warga Indonesia, tetapi juga daripada negara-negara lain seperti Korea Selatan, Perancis, Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk badan pesawat diperiksa dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara menghantar bantuan pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa diberitahu info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah menerima satu masalah.
            Kesimpulannya, terbuktilah bahawa ciri ini iaitu kegagalan ialah satu pilihan adalah benar dan Tan Sri Tony Fernandes sendiri telah mengalaminya. Beliau telah mengamalkan ciri yang betul dan tidak memilih kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau telah memilih untuk mengelakkan kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menyuruh setiap anak syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat sebelum berlepas serta meningkatkan langkah keselamatan pesawat dan penumpang. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mengalami kerugian yang amat besar tetapi ini merupakan pengajaran untuk beliau dan orang lain supaya lebih berhati-hati dan lebih peka pada masa yang akan datang.

3.     MENGAMBIL RISIKO TERBUKA  (OPEN RISK TAKER)
Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan. 
Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandez. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.
             Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA).

4.  PROAKTIF (PROACTIVE)
Tony Fenandes ialah seorang usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan penerbangan iaitu Air Asia. Beliau memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Tony Fenandes  lebih kreatif dan proaktif menghasilkan  perkhidmatan  terbaik dalam industri  Penerbangan . Beliau juga proaktif  melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Beliau yang  tindakannya secara cepat dan agresif apabila merebut peluang di depan mata iaitu  apabila Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk membuka syarikat penerbangan sendiri. Namun Dr.Mahathir mencadangkan kepada beliau untuk membeli syarikat penerbangan yang sedia ada. Beliau bertindak segera dan proaktif apabila beliau memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli Air Asia bersama tenaga kerja dan aset yang dimiliki Air Asia ketika itu termasuk dua buah kapal terbang usang.
Beliau juga telah penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hal ini kerana usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Beliau  bertindak juga secara proaktif apabila Tan Sri Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbangan Air Asia berada di bawah  perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes  juga membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
            Selepas 9 tahun, Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320, dan terbang terus melalui lebih  130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia dan menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang.

5. BERWAWASAN (VISIONARY)
            Tony Fernandes merupakan seorang yang mempunyai wawasan yang berani, menyeluruh dan berpandangan jauh untuk semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak beliau mengimpikan tiga perkara iaitu mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki satu kelab bolasepak English dan mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak usia muda, Fernandes sudah mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi asia semasa beliau belajar di sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga jarang pulang ke rumahnya kerana kos penerbangan yang tinggi.
 Fernandes, kelahiran Malaysia paling menonjol, mantan pendidikan eksekutif Warner Music-British, mengimpikan pengurusan penerbangannya menggunakan bajet beliau sendiri sejak beliau masih belajar, kata beliau kepada BBC tahun 2010. Beliau juga pernah berkata di BBC tahun 2010 "Bagi penerbangan saya yang pertama, saya enggan melancarkannya ke Australia dan China, dan kebanyakan orang merasakan hal itu agak ganjil", katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama saya di London-Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya merangkul anugerah International Herald Tribune bagi “Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja beliau yang mengagumkan dalam AirAsia.



Ciri-ciri Usahawan Yang Berjaya


  PENGENALAN :


Usahawan boleh ditakrifkan sebagai seorang yang menguasahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dngan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.


Tedapat pelbagai definisi telah diberikan kepada usahawan dan keusahawanan. Antaranya ialah Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah satu proses penciptaan kekayaan dan usahawan-usahawan tersebut merupakan individu-individu yang terlibat dalam proses tersebut. Beliau mendefinisikan  keusahawan sebagai satu proses mencipta sesuatu yangbaru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nialai kepada masyarakat dan usahawan.

Usahawan juga dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik, hebat serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi fungsi keusahawan dengan berkesan. 


1.      PROAKTIF (PROACTIVE)



Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan.
Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut, usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan.
Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.
            Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin.Beliau telah Pengasas pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain.
Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan.
 2      JARINGAN (NETWORKED)



Rangkaian  adalah satu ciri yang perlu ada dalam  perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.
Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada (Rosli MAhmood)rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan.
Contoh usahawan yang mengaplikasi kan ciri rangkaian dalam perniagaannya ialah Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut dan juga seorang tukang kasut yang mahir dan pakar  dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga dimana ayahnya menjalankan perniagaaan membuat kasut.setelah 4 tahu bertungkus lumus.
Empat tahun yang lalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1190.Semenjak daripada itu,Puteri Diana suka dengan rekaaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa..Rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK.Pada tahun 1996 ,beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon,editor Bristish Vogue.Beliau bijak mencari peluang mencari jaringan bagi perniagaan kasutnya.

3.      BERWAWASAN (VISIONARY)


                                       
Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan dapat mengelakkan lencongan. Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.
Wawasan adalah keupayaan untuk melihat apa yang orang lain tidak dapat melihat dan mempunyai keupayaan untuk membayangkan bagaimana sesuatu yang akan berkembang di masa akan datang. Ia dapat mempunyai gambaran dalam fikiran usahawan yang betul-betul hasil yang usahawan bercadang untuk menghasilkan. Usahawan berwawasan dapat melihat dengan jelas apa atau perniagaannya akan kelihatan seperti di dalam setiap inci apabila ia selesai. Tambahan lagi, usahawan yang berwawasan juga mampu menjadikan seseorang itu lebih jelas, tersendiri, mempunyai matlamat tertentu di masa depan yang mempunyai kaitan dengan teknologi yang lebih maju. Sesetengah wawasan menekankan komunikasi, dan beberapa memainkan peranan tokoh dalam menganjurkan kumpulan sosial. Dengan kata lain, berwawasan bermakna seseorang boleh melihat sesuatu yang akan berlaku lebih jauh sebelum ia benar-benar terjadi.
Contoh usahawan yang berwawasan dalam industri automobil ialah Malcolm N. Bricklin.  Beliau dilahirkan pada  March 9, 1939 dan diiktiraf sebagai salah satu industri automobil terkemuka usahawan, pencipta dan berwawasan. Beliau mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam mereka bentuk, kejuruteraan, pembuatan, perkilangan semula, mengimport, mengedar dan kereta pemasaran. Juga dikenali sebagai salah satu di Dunia 60 Minds Terbesar oleh Mike Wallace, Beliau adalah salah satu daripada empat lelaki di Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II untuk mereka bentuk, pembuatan dan menjual kereta sendiri. Tetapi beliau lebih mengeluarkan kereta sendiri. Beliau berwawasan, apabila  dapat mengesan trend masa depan lama sebelum orang lain. Beliau merupakan salah satu daripada Mavericks industri auto pertama yang menyedari bahawa penjimatan, kereta Jepun yang murah boleh memberi pengaruh besar di Amerika Syarikat dan dicipta Subaru, yang kini menduduki tempat ke-10 di Amerika Syarikat automobil. The Bricklin SV-1 sayap-gull, kereta sukan keselamatan adalah yang pertama seumpamanya dalam menggunakan akrilik dan gentian kaca panel, dan casis yang mampu menahan kesan halaju tinggi tanpa ubah bentuk. Matlamatnya mengadun gaya dengan keselamatan dan prestasi adalah relevan hari ini kerana ia merupakan kereta yang terhebat berada di pasaran untuk model tahun 1974. Beliau adalah usahawan kereta yang hanya mengimport lima kereta automobil di United States: Subaru, Bricklin SV1, Bertone, Pinanfarina, and Yugo.

4.      BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)



Budaya bebas ini bermaksud seseorang yang boleh menerima budaya luar. Jika sesebuah perniagaan memasuki pasaran antarabangsa akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kebudayaan. Mengenal pasti dan memahami nilai-nilai budaya sesebuah masyarakat atau negara adalah penting untuk memasuki pasara antarabangsa. Usahawan hendaklah sentiasa peka dan berfikiran terbuka terhadap budaya luar bagi membuat penggubah suaian dalam organisasi serta operasinya supaya usahawan tersebut dapat melakukan perubahan serta mendapatkan keuntungan. Usahawan hendaklah sentiasa berfikiran terbuka serta boleh menerima budaya baru dalam melakukan sesuatu perniagaan.
Ciri-ciri budaya terbuka ini juga perlu dalam diri usahawan kerana ia penting bagi memasarkan barangan ke negara luar supaya tidak berlakunya masalah tentang adat atau budaya di negara asing. Melalui pengetahuan mengenai budaya luar usahawan dapat memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa. Sebagai contoh, seseorang usahawan perlu peka terhadap barangan yang dijual itu halal ataupun tidak halal. Jika memasarkan barangan tersebut di negara islam akan menyebabkan kemarahan kerana ia amat sensitive.

            Sebagai contoh, Tan Sri Dato Loh Boon Siew adlah nama individu yang bertanggungjawab membawa masuk motorsikal Honda ke Malaysia. Pada tahun 1958, beliau telah melawat Jepun untuk makan angin dan ternampak sebuah motorsikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin akan mendapat pasaran yang baik jika dibawa ke Malaysia. Tan Sri Dato Loh Boon Siew telah membuat keputusan untuk membuat perjanjian dengan memesan 12 unit motorsikal.
Tan Sri Dato Loh melakukan kajian pasaran berkaitan gaya hidup dan perbezaan budaya di negara Malaysia. Selepas negara Malaysia mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, trend sosial rakyat pada ketika itu mula berubah. Dengan hanya berbasikal untuk ke satu tempat seperti ke pejabat, rakyat Malaysia pada ketika itu sudah diperkenalkan dengan motorsikal oleh penjajah sebelum kemerdekaan. Tetapi kebanyakan motorsikal yang dibawa masuk oleh penjajah adalah bersaiz besar seperti jenama Norton yang tidak sesuai dengan saiz tubuh badan yang kecil masyarakat Malaysia.
Dengan melihat keadaan sosio-budaya yang sedang berubah inilah, Tan Sri Loh Boon Siew telah berjaya mengenalpasti peluang perniagaan yang baru iaitu dengan menjual motorsikal saiz yang kecil dan ringan atau lebih dikenali dengan motorsikal ‘cub’. Cara ini sesuai dengan gaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia yang bertubuh kecil dan bersesuaian dengan keadaan semasa pada ketika itu.

 5   MENGAMBIL RISIKO TERBUKA  (OPEN RISK TAKER)



Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan. 
Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandez. Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE (lahir 30 April 1964; juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.
             Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA)

6.     KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)



Apabila orang berfikir untuk berjaya, mereka biasanya bercakap mengenai keuntungan besar dan kos dapat dikurangkan. Sudah tentu pertumbuhan kewangan adalah keputusan yang diingini. Tetapi satu definisi kejayaan adalah lebih sederhana. Ia bermaksud hasil atau keputusan. Oleh itu, jika kejayaan tidak semestinya positif, maka dengan alasan kegagalan itu tidak semestinya sesuatu yang negatif. Apa yang penting adalah untuk menangani kegagalan, belajar daripada mereka dan beralih kepada apa yang akan datang tanpa sama sekali mematahkan semangat pasukan anda.
            Sebagai contoh, Thomas Alfa Edison ialah seorang peraka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak perati yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar “Yang Pintar” dari seorang wartawan, beliau adalah seorang pereka terawal yang menggunakan pengeluaran secara besar-besaran untuk proses perekaan. Thomas Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling pengaruh dalam sejarah penciptaan.
            Thomas Alfa Edison merupkan pencipta lampu. Pada awal penciptaan mentol lampu, Thomas Edison gagal untuk mendapatkan wang pinjaman kerana masyarakat beranggapan bahawa penciptaannya agak mustahil untuk berjaya.
Setelah mendapat pinjaman, Thomas berusaha mencipta mentol lampu. Percubaanya selalu gagal sampai beratus kali. Namun ia tidak mematahkan semangat dan tidak menganggap dirinya seorang yang gagal. Thomas Edison terus melakukan percubaanya dalam mencipta mentol lampu.sehingga berjaya pada percubaanya yang ke seribu. 


7.   BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)

                                

Berorientasikan hasil bermaksud minda  tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak. Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu, usahawan akan berusaha  menghasilkan barang baru.
Dalam perniagaan, seorang usahawan berorientasikan hasil analisis produktiviti pekerja berdasarkan bilangan tugas yang beliau siapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan olehnya. Pekerja adalah bebas untuk menggunakan proses peribadi dalam usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di organisasi. Matlamat utama individu yang berorientasikan hasil atau organisasi adalah untuk memenuhi objektif dan menyedari pertumbuhan positif. Usahawan yang berjaya sentiasa melihat ke depan. Mereka melihat untuk melihat apa peluang mungkin hadir diri mereka pada masa hadapan dan bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada peluang-peluang.
Selain itu, usahawan tersebut sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya. Serta  sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan dan menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan .
Sebagai contoh, sikap usaha melihat dan merebut hasil yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP (permit import) lalu ke Jepun ,di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai  yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan  automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru ,Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan .Melalui pengalamannya ini, beliau berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran .Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan  dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

8.   BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)

                                    
Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh dikatakan sebagai kerja berpasukan. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.
Sebagai contoh, usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah fedEx yang diterajui oleh Frederick W. Smith. Beliau telah dilahirkan pada 11 Ogos 1944 dan berwarganegara Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai gaji sehingga US$13.7 million dan keseluruhan hartanya mencecah US$3.8 billion. Pada 1980-an FedEx menjalankan kerjasama dengan British Airways. Nama FedEx Corporation sendiri secara rasminya digunakan sejak bulan Januari 2000 yang sebelum ini menggunakan FDX Corporation.
Beliau dikatakan usahawan yang berjaya kerana pada bulan Februari 2004, FedEx mengambil alih perusahaan swasta Kinko's Inc yang diganti nama-nya menjadi FedEx Kinko's. Proses ini dilakukan untuk memperluas akses jaringan FedEx kepada masyarakat umum. Selanjutnya, perusahaan kembali mengambil alih Parcel Direct sejak September 2004 dan berganti nama menjadi FedEx SmartPost. Saat ini FedEx telah menjadi penyediakan jasa pengiriman terkemuka di dunia.
Hal ini membuktikan bahawa ciri ini sangat membantu terutamanya kepada para usahawan. Fredick W.Smith sendiri telah berjaya dengan mengamalkan ciri pasukan yang berorientasikan justeru menjadikan beliau seorang yang berjaya di mata dunia. Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang di sesebuah organisasi sangat diperlukan lebih-lebih lagi dalam era globalisasi kini. Oleh itu untuk menjadi seorang usahawan yang hebat, generasi Y seperti kita ini haruslah menerapkan ciri ini semasa bekerja mahupun berniaga.



9.     TAJAM PENGLIHATAN / TELITI (OBSERVANT)


            Observant bermaksud tajam penglihatan atau lebih spesifik dikatakan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ciri ini sangat penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Sebagai buktinya, Dato’ Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang usahawan yang terkemuka di Malaysia dan mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production. Beliau telah mengeluarkan filem komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.
 Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Beliau menggunakan konsep tajam penglihatan atau peka terhadap isu sekeliling. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.
            Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.