Sunday, 18 October 2015

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA TAN SRI TONY FERNANDES

TUGASAN 1: BAHAGIAN 2
Ciri-ciri Usahawan Berjaya Tan Sri Tony Fernandes
                                                           


Dato 'Anthony Francis Fernandes
Dato 'Anthony Francis Fernandes  dilahirkan pada 30 April 1964.Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes .Beliau merupakan seorang usahawan Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Tune Air Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan  slogannya,  "semua orang boleh terbang".
Beliau mula dikenali apabila beliau memulihkan Air Asia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga memainkan peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia  ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad .Pada pertengahan tahun 2003, beliau memberi dan mencadangkan idea  untuk mencapai satu perjanjian Langit Terbuka dengan negara jiran, Thailand, Indonesia, dan Singapura.
Beliau ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur. Bapanya  ialah Dr. Stephen Edward Fernades .Manakala ibunya ialah Ena Dorothy Fernandes. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics. Pada tahun 1987,beliau bekerja sementara dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit dan seterusnya pada tahun 1987 sehingga 1989 beliau bekerja sebagai pengawal kewangan  kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27 tahun, beliau menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner  Music (Malaysia) Sdn. Bdn. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001 , beliau menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi kumpulan Warner Music.Pada masa Time Warner Inc bergabung dengan America Online .Fernades meninggalkan syarikatnya bagi mengejar impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia .
Melalui Datuk Pahamin bekas ketua setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001.Semasa itu, Air Asia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom ,sebuah konglomerat kerajaan Malaysia telah  kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjual kepada pelabur tetapi tidak mencapai kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir  telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat  penerbangan yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri.
Seterusnya, Fernandes memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat Air Asia pada masa itu mempunyai 2 buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan berhutang sebanyak RM40 juta. Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11 September 2001 iaitu sesuatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi gila kerana tiada orang ramai yang berani lagi menaiki  kapal terbang. Mereka juga meramal bahawa syarikat Air Asia akan muflis.
Walau bagaimanapun selepas setahun, Air Asia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya ,dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi  Air Asia  dengan imej dan konsep yang membawa perubahan besar dan memperoleh keuntungan  dalam tempoh masa yang pendek. Malah, tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus.

Antara ciri-ciri yang telah digunakan oleh Tan Sri Tony Fernandes untuk memajukan AirAsia ialah:-
1.       BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)
Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau boleh dikatakan sebagai kerja pasukan. Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi organsasi syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta dapat meningkatkan prestasi organisasi sekirannya melakukan tugasan yag melibatkan kemahiran, pengalaman dan penilaian.
Sebagai contoh, Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi Air Asia faktor utama yang menyumbangkan kepada kemajuan dan dan kejayaan AirAsia adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia sekarang mempunyai  aset yang bernilai hampir RM 4 billion dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM549 juta. Hal ini kerana, kejayaan tersebut dilakukan secara berorientasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
Bagi melahirkan pekerja berorientasikan pasukan yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 september, ramai pekerja yang berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat bagi  mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil kesempatan dengan melantik mereka yang berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus dapat menjimat kos Air Asia hanya selepas setahun,

2.     KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
            Seorang usahawan pasti akan mengalami pasang surut dalam bidang yang diceburi. Hal ini turut dihadapi oleh dihadapi oleh CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Pada 28 Disember 2014, beliau telah menerima satu berita sedih apabila mengetahui bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.
            Akan tetapi, bagi Tan Sri Tony Fernandes, ini bukanlah kegagalan untuk segalanya. Beliau tabah menghadapi musibah ini dan berusaha mengambil langkah penyelesaian dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan. Mangsa bukan sahaja terdiri daripada warga Indonesia, tetapi juga daripada negara-negara lain seperti Korea Selatan, Perancis, Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk badan pesawat diperiksa dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara menghantar bantuan pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa diberitahu info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah menerima satu masalah.
            Kesimpulannya, terbuktilah bahawa ciri ini iaitu kegagalan ialah satu pilihan adalah benar dan Tan Sri Tony Fernandes sendiri telah mengalaminya. Beliau telah mengamalkan ciri yang betul dan tidak memilih kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau telah memilih untuk mengelakkan kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menyuruh setiap anak syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat sebelum berlepas serta meningkatkan langkah keselamatan pesawat dan penumpang. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau mengalami kerugian yang amat besar tetapi ini merupakan pengajaran untuk beliau dan orang lain supaya lebih berhati-hati dan lebih peka pada masa yang akan datang.

3.     MENGAMBIL RISIKO TERBUKA  (OPEN RISK TAKER)
Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah kepada perniagaan. 
Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang diterajui oleh Tony Fernandez. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.
             Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.
Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem (MAS), dan Singapore Airlines (SIA).

4.  PROAKTIF (PROACTIVE)
Tony Fenandes ialah seorang usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan penerbangan iaitu Air Asia. Beliau memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Tony Fenandes  lebih kreatif dan proaktif menghasilkan  perkhidmatan  terbaik dalam industri  Penerbangan . Beliau juga proaktif  melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Beliau yang  tindakannya secara cepat dan agresif apabila merebut peluang di depan mata iaitu  apabila Datuk Pahamin Ab. Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk membuka syarikat penerbangan sendiri. Namun Dr.Mahathir mencadangkan kepada beliau untuk membeli syarikat penerbangan yang sedia ada. Beliau bertindak segera dan proaktif apabila beliau memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli Air Asia bersama tenaga kerja dan aset yang dimiliki Air Asia ketika itu termasuk dua buah kapal terbang usang.
Beliau juga telah penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hal ini kerana usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Beliau  bertindak juga secara proaktif apabila Tan Sri Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbangan Air Asia berada di bawah  perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes  juga membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.
            Selepas 9 tahun, Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320, dan terbang terus melalui lebih  130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia dan menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang.

5. BERWAWASAN (VISIONARY)
            Tony Fernandes merupakan seorang yang mempunyai wawasan yang berani, menyeluruh dan berpandangan jauh untuk semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak beliau mengimpikan tiga perkara iaitu mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki satu kelab bolasepak English dan mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak usia muda, Fernandes sudah mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi asia semasa beliau belajar di sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga jarang pulang ke rumahnya kerana kos penerbangan yang tinggi.
 Fernandes, kelahiran Malaysia paling menonjol, mantan pendidikan eksekutif Warner Music-British, mengimpikan pengurusan penerbangannya menggunakan bajet beliau sendiri sejak beliau masih belajar, kata beliau kepada BBC tahun 2010. Beliau juga pernah berkata di BBC tahun 2010 "Bagi penerbangan saya yang pertama, saya enggan melancarkannya ke Australia dan China, dan kebanyakan orang merasakan hal itu agak ganjil", katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama saya di London-Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya merangkul anugerah International Herald Tribune bagi “Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja beliau yang mengagumkan dalam AirAsia.



4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ilmu, sangat berguna dan bermanfaat terutama kepada saya ketika ingin menyiapkan assignment.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ilmu, sangat berguna dan bermanfaat terutama kepada saya ketika ingin menyiapkan assignment.

    ReplyDelete
  3. SKU, SKU, SKU - Titanium-Arts.com - Trade Value
    SKU SKU. SKU. SKU. SKU #: 709-6994. SKU #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. camillus titanium knife SKU #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. SKU #: titanium hair dye 777-701-0769. titanium rings for women SKU titanium watch #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. SKU #: 777-701-0769. ti89 titanium calculators SKU #: 777-701-0769. SKU #: 709-6994. SKU #: 777-701-0769.

    ReplyDelete